♫♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫: ♥ ilmu pelita hidup ♥
♥ hye kowg.niy lhaa diary online aku . kowg bole check-ii n kalo sudi , bole follow memollow okehh ? if buruk sorry ehh , aku baru berjinak-ii dalam dunia blogger :) ♥

Wednesday 8 August 2012

♥ ilmu pelita hidup ♥



Bayangkan apabila waktu malam tidak bertukar siang? Mungkin bagi orang yang cacat seperti orang buta sudah biasa dengan keadaan ini tetapi bagi golongan yang normal , adalah satu yang agak sukar untuk kita meneruskan kehidupan dalam kegelapan yang berterusan. Begitu juga halnya dengan ilmu. Ilmu umpama pelita hidup yang sentiasa menerangi manusia kerana tanpa ilmu gelaplah hidup seseorang itu. Seseorang itu boleh menuntut ilmu di mana sahaja tanpa mengira tempat serta masa. terdapat banyak cabang untuk menuntut ilmu antaranya ilmu agama, ilmu psikologi, ilmu sains, ilmu bahasa dan pelbagai lagi.
Tidak kira usia, pangkat, jantina serta kedudukan yang ada, menuntut ilmu adalah penting untuk diri individu itu sendiri. Ada yang sudah berumur, tetapi masih mahu meneruskan pengajian di peringkat tinggi kerana golongan seperti ini sudah lama menyedari akan kepentingan menuntut ilmu. Ilmu juga boleh diperolehi melalui pengalaman seseorang sama ada pengalaman dalam melalui liku-liku kehidupan ataupun pengalaman bekerja.
Munurut ajaran Islam, menuntut ilmu merupakan satu ibadat dan jika seseorang itu menuntut ilmu yang baik disisi agama, maka Allah swt akan memberikan ganjaran kepada orang tersebut. ilu juga merupakan penggererak utama seseorang untuk meneruskan kehidupan.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 Bebelan Keyboard CikMunBlogger powered by PurpleWorld | Full Designed by CikMunBlogger